Cara untuk membuat Biskut Lidah Kucing yang sangat rangup dan mudah dibuat.

Mesti ramai yang tergila-gilakan biskut lidah kucing ni kan? kalau beli sebekas tu dah dekat RM30! apa kata kita buat sendiri! resepinya sangat mudah!! jom cuba! Tag rakan anda buat sama-sama! share dan like kalau sape yg suka biskut ni!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Fiza LGK.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 250 gm mentega.
  • 175 gm gula kastor.
  • 100 ml putih telur.
  • 200 gm tepung gandum.
  • 50 gm tepung jagung.
  • 1/4 sudu teh emplex.
  • Pewarna merah, oren, kuning, hijau dan biru (pilih warna mengikut pilihan hati).
  • Loyang khas lidah kucing di gris dengan sedikit mentega terlebih dahulu.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan.
  2. Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hiungga rata. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian.
  4. Letakkan pewarna untuk setiap bahagian. Masukkan dalam piping bag untuk setiap warna berlainan
  5. Potong hujung muncung bag plastik atau piping bag kecil. Paipkan atas loyang lidah kucing mengikut corak yang di kehendaki mengikut warna pelangi.
  6. Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 hingga 20 minit. Jaga jangan sampai keperangan dan hangus kerana warnanya akan pudar dan tidak menyerlah.
  7. Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.
Baca juga :  Resepi beserta video lengkap untuk membuat Kuih Bakul. Sedap rupanya kuih bakul ni. Anda cubalah!

Selama Mencuba semua. Share la kepada orang lain pula ya. Terima kasih.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.