Cara untuk membuat Kulit Cempedak Goreng atau Mandai. Makanan kegemaran Masyarakat Banjar.

Masuk je musim buah cempedak, timbul la resepi turun temurun tok nenek saya ni. Dari buah, biji sampai ke kulit pun makan keturunan banjar ni. Kulit tu peram dulu dgn garam buat jeruk kemudian goreng garing, makan dengan nasi. Mandai ni nak sama cam ikan perkasam & daging perkasam la. Makan bersama nasi panas-panas memang bertambah nasi tu nanti.

Cara untuk membuat Mandai:

  1. Kupas kemudian buang kulit hijau @ kekuningan mengerutu bahagian luar kulit buah cempedak. Ambil warna putih / jerami sahaja. Potong ikut suka atau sebesar 3 jari.
  2. Lepas itu cuci bersih dan toskan kulit cempedak. Masukkan kulit cempedak tadi kedalam bekas atau balang.
  3. Kemudian masukkan air masak atau air suam penuh atau lebih dari kulit cempedak dan masukkan 3 hingga 4 sudu besar garam atau agak-agak jer. Jangan terlebih masin sudah.
  4. Kemudian tutup bekas dan simpan dalam seminggu. Lagi lama lagi bagus. Dah siap. Nak makan ambil dah goreng garing.
Baca juga :  Resepi Jeruk Betik, Buat Sebalang Pun Terus Habis Sebab Terlajak Sedap!

Bahan-bahan untuk memasak Mandai:

  • 2 hingga 3 biji bawang merah dihiris atau ditumbuk.
  • 3 ulas bawang putih dihiris atau ditumbuk.
  • 5 hingga 6 tangkai cili api atau mengikut kepedasan sendiri kemudian ditumbuk atau dihiris serong.
  • Sedikit ikan bilis.

Cara-cara untuk memasak Mandai:

  1. Bila hendak memasak mandai tersebut keluarkan dari bekas atau balang dan cuci bersih-bersih dan perahkan airnya. Kemudian mandai  tadi kita hiris nipis-nipis ya.
  2. Tumiskan bahan-bahan yang dihiris atau ditumbuk tadi bersama ikan bilis sehingga layu dengan sedikit minyak.
  3. Bila dah siap tumis, baru masukkan mandai dan masak sehingga garing dan airnya kering.
  4. Sedia untuk dihidangkan bersama-sama nasi panas dan lauk kampung yang lain.

Mandai kebiasaannya dah masin tapi boleh tambah garam dan perasa mengikut selera masing-masing. Selamat mencuba.

Baca juga :  Resepi Kerabu Belimbing Buluh Daun Selom

Related posts:

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.