Rindu tak makanan ni? Jom la kita buat lempeng Pisang Berinti Kelapa Parut. Pasti mengamit kenangan waktu kecil anda.

Cara untuk membuat Lempeng Pisang Berinti Kelapa Parut yang mengamit kenangan waktu kecil anda.

Resepi ni kalau tepek dalam daun pisang lagi wangi lagi merecik. Teringat arwah opah. Sedap sangat lempeng air tangannya. Alhamdulillah atas rezeki yang diberikan untuk kita semua. Terima kasih kepada Julia Aleen Aireish kerana berkongsi resepi warisan ini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 5 biji pisang. Saya guna pisang berangan.
  • 2 sudu makan gula pasir.
  • Secubit garam.
  • 1 cawan tepung gandum.
  • 1/3 cawan kelapa parut.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Lenyek pisang hingga hancur, letak gula & garam kacau sebati. Kemudian masukkan tepung sedikit-sedikit gaul sekata.
  2. Panaskan kuali non-stick letak satu senduk adunan tabur kelapa parut dan ambil satu senduk lagi adunan letak atasnya dan ratakan perlahan hingga menutupi kelapa tadi.
  3. Panggang hingga masak dan sedia dinikmati.
Baca juga :  Cara membuat Sos Black Pepper Viral dan Perapan Daging Kambing paling mengasyikkan!

Selamat mencuba semua.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.