Cara untuk membuat Ikan Tilapia / Siakap Goreng Rangup Bersos Limau yang membuka selera kita semua.

Bahan-bahan semua mudah yakmat. Tapi rasa dia memang sedap. Cukup masam, masin, manis dan pedas. Balance semuanya. Matching sangat di padankan dengan isi Tilapia yang fresh dan sedap tu.

Sambil type ni pun dah telan air liur. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Marina Ismail. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 ekor ikan talapia.
  • 3 biji limau nipis diambil jusnya sahaja.
  • 3 sudu besar gula.
  • 3 biji cili padi merah dipotong halus.
  • 5 biji cili padi hijau dipotong halus.
  • 5 sudu besar sos ikan.
  • 7 ulas Bawang Putih dicincang halus.
  • 2 tangkai daun ketumbar dipotong halus.
  • Garam untuk lumur ikan.
Baca juga :  Resepi Terung Goreng Berlada. Makan bersama nasi panas memang laju je habis menu ni!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Basuh ikan bersih-bersih dengan limau nipis. Memang hilang bau hanyir ikan tu. Lumurkan garam secukupnya pada ikan yang dah bersih tadi. Perap seketika. Tak perlu letak kunyit!
  2. Goreng ikan hingga betul-betul garing. Ketepikan.
  3. Panaskan sikit minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau. Jangan sampai garing tau. Satukan sos ikan, gula, jus limau nipis, cili padi dan daun ketumbar. Kacau sebati.
  4. Masukkan bancuhan tu dalam kuali yang kita tumis bawang putih tadi. Kacau dan rasa. Mesti rasa tau. Sebab masakan ni perlu cukup rasa masam, manis masin dan pedas. Apa yang kurang, sesuaikan rasanya.
  5. Dah cukup rasa, tuangkan atas ikan yang dah digoreng tadi. Siap dan sedia untuk dihidangkan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Tauhu Sumbat Ayam yang sangat sesuai sebagai juadah sampingan untuk berbuka anda.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.