Resepi Satay Goreng. Tak perlu guna lidi untuk cucuk dah! Memang sedap.

Biasanya satay perlulah dimasak secara bakar diatas arang dan direjis minyak dengan serai yang diketuk. Seorang ahli Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN) iaitu Puan Haryati Hamim berkongsikan cara bagaimana untuk membuat satay goreng.

Dimaklumkan bahawa resepi ini adalah resepi Arwah Ibunya iaitu Hajah Naimah binti Ab. Manaf. Semoga resepi ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. Insha Allah. Semoga pahala buat arwah ibunya apabila anda membaca resepi ini. Resepi boleh tengok gambar di bawah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Ayam yang telah dipotong dadu / kecil.
  • Bawang Kecil / Bawang Merah yang telah dikisar.
  • Bawang Putih yang telah dikisar.
  • Halia yang telah dikisar.
  • 1 Sudu Besar serbuk Jintan Manis.
  • 1 Sudu Besar Serbuk Ketumbar.
  • Sedikit serbuk kunyit untuk menaikkan warna.
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Sedikit minyak utk menggoreng.
Baca juga :  Cara Membuat Kerabu Pucuk Paku, Taugeh dan Kerang. Rangup sangat ni!

Cara penyediaannya adalah seperti berikut:

  1. Ayam perlulah dipotong kecil-kecil sebelum digaulkan dengan bahan yang lain.
  2. Masukkan Bawang kecil/merah dikisar sebanyak 2 sudu besar, Bawang putih dikisar 1 sudu besar dan Halia dikisar 1 sudu besar.
  3. Kemudian masukan Serbuk jintan manis 1 sudu besar, Serbuk ketumbar 1 sudu besar dan Serbuk kunyit mengikut kesesuaian warna yang dikehendaki.
  4. Selepas itu boleh masukkan Gula secukup rasa (saya suka banyakkan gula) dan juga Garam secukup rasa.
  5. Gorengkan dengan menggunakan sedikit minyak pada api sederhana.
  6. Bila dan agak masak bolehlah diangkat dan dihidangkan sebelum dimakan bersama keluarga tersayang.
Baca juga :  Cara membuat Ayam yang juicy sebagai lauk utama nasi ayam anda!

*Resepi asal ini disumbangkan oleh Puan Haryati Hamim melalui Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN) dan disunting bagi penyesuaian pembacaan.

 

 

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.