Resepi Kuih Lompang Gula Merah

Jom kita semua cuba buat kuih lompang Gula Merah. Untuk makluman semua, ini kali pertama saya cuba buat ikut resepi dibawah dah alhamdulillah hasilnya sangat la memuaskan. Kuih lompang saya menjadi dengan gemilang sekali.

Anda pun cubalah ya.

Ni bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 cawan gula merah *.
  • 1/2 gula pasir*.
  • 2 cawan air*.
  • Simpul daun pandan*.
  • 1 1/2 cawan tepung beras.
  • 1 sudu besar tepung ubi / jagung.
  • 1 sudu besar air kapur yang jernih je.

Cara untuk membuatnya:

  1. Satukan kesemua bahan yang bertanda * dalam satu bekas besar.
  2. Kemudian, masak sampai mendidih dan apabila dan sebati dan pekat sejukkan dahulu ditepi.
  3. Bila dah sejuk tuang ke dalam tepung ubi / jagung dan gaul hingga sebati dan kacau sampai tak berketul.
  4. Masukkan kedalam acuan lompang dah kukus sehingga masak.
  5. Letakkan kelapa bahagian putih yang telah digaram sebagai hiasan tambahan. Selamat mecuba.
Baca juga :  Jom buat Kuih Tepung Pelita dengan mudah dan cepat. Rasa pun lagi sedap!

Resepi ini telah diolah semula berdasarkan pengkosian asal oleh Puan Zima Danish. Terima kasih.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.