Cara membuat Sambal Tempe bersama Kentang. Pekena sekali nasi panas dan kicap memang terbaik!

Betul ke boleh tahan lama sambal ni? Boleh la kalau tak sentuh dengan tangan dan di simpan dalam bekas tertutup. Janji sambal tu dimasak dengan garing dan tempe pun goreng dengan baik. Sedap tau. Simple tapi berselera.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Cheyah Saripuddin. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 paket tempe (dipotong kecil).
  • 2 biji ubi kentang (potong ikut suka).
  • 2 sudu besar cili giling.
  • 2 biji bawang merah.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 1/2 biji lobak merah (potong memanjang).
  • 1/2 biji cili besar (potong serong).
  • Garam dan gula secukup rasa.
  • Minyak masak.

Cara penyediaannya:

  1. Panaskan minyak dan goreng tempe serta ubi kentang bagi garing. Makin garing lagi best tau. Crunchy gitu.
  2. Bila dah garing, toskan. Tumiskan bawang yang telah ditumbuk kasar-kasar. Biar ia kekuningan baru boleh masukkan cili kering.
  3. Bila cili dah pecah minyak dan garing, masukkan gula dan garam secukup rasa. Baru campak tempe dan kentang tadi bersama bahan hiasan.
  4. Gaulkan bagi semua mesra sebati. Dah tutup api boleh hidang untuk makan dengan nasi. Tapi kalau nak kunyah makan sahaja pun sedap ni.
Baca juga :  Cara untuk membuat Sos Seafood Ala-ala Shellout

Selamat mencuba!

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.