Dengan hanya menggunakan dua bahan sahaja, anda boleh menikmati kek tular dua bahan ini. Memang mudah.
Bahan-bahan:
- 2 paket Oreo.
- Sekotak 200ml susu full cream Dutch Lady.
Cara penyediaan:
- Kisar biskut Oreo bersama susu.
- Masukkan ke dalam bekas dan kukus sehingga masak.
Untuk topping, anda boleh gunakan topping kek kukus coklat seperti di bawah:
- 4 sudu besar serbuk koko.
- 5 sudu besar susu pekat.
- 3 sudu besar minyak masak.
- 2 sudu besar susu cair.
Campur semua kedalam periuk dan kacau dengan api yang perlahan. Kacau sehingga sebati. Kemudian, tuangkan terus ke atas kek. Kek siap dan sedia untuk dimakan. Atau boleh juga gunakan resipi topping daripada Hanis Amanina seperti di bawah:
Bahan-bahan:
- Šlehačka (whipped cream)
- Cream cheese
- Icing sugar
- Oreo (kisar, dengan krim sekali)
- Whipped cream (dalam 200g), 2 sudu cream cheese, 3 sudu icing sugar – pukul dengan mixer sampai betul-betul kembang. Kawan saya cakap, sampai kalau terbalikkan bekas, cream tu tak mengalir atau terbalik sekali.
- Permukaan setiap kek hendaklah diratakan.
- Ambil kek pertama dan disapukan cream yang sudah dipukul ke atasnya. Lepas itu, taburkan serbuk oreo sampai tak nampak permukaan warna putih.
- Lapiskan dengan kek yang kedua.
- Ratakan cream di dinding dan permukaan atas kek. Okay, bahagian atas tu, deco la macam mana yang korang nak. Saya ni tak ada skill sangat, jadi saya tabur sahaja oreo jadi bentuk hati.
Selamat mencuba!