Assalamualaikum. Hari ni nak share resepi Kek Keju Jepun Budget & simple. Semoga resepi ni dapat membantu sesiapa yg nak buat tapi tak jadi-jadi.
Step 1:
- Susu full cream 200ml.
- Cheese Slice 5 keping.
- Butter 70g.
Panaskan susu dan cheese slice sehingga larut, matikan api, masukkan butter kacau hingga butter cair. Biarkan suam.
Step 2:
- 3 biji putih telur.
- 70g gula icing.
- 1 tsp cream of tartar (kalau tak ada, bole pakai 1tsp lemon juice).
Pukul putih telur sampai berbuih sedikit, masukkan gula icing & cream of tartar, mix sampai bertanduk sikit. Bila terbalikkan mangkuk tak jatuh. Jangan terlebih pukul ya.
Step 3:
- 3 biji kuning telur.
- Essen Creamy Vanilla (pakai esen vanilla je pon boleh, cuma creamy lebih sedap bau dia bagi saya).
- Tepung Gandum 70g.
- Tepung Jagung 10g.
- 1 tsp baking powder.
Cara membuatnya:
- Mix kuning telur dgn esen vanilla, masukkan adunan susu yang dah suam tadi (step 2) mix sebati, masukkan tepung gandum, tepung jagung & baking powder, mix sehingga sebati lagi.
- Then, masukkan adunan putih telur (step 1) tadi kaup balik hingga adunan rata.
- Masukkan dalam loyang (size 7inch). Loyang pastikan sapu butter dulu sekeliling & bawah. Alaskan baking paper kat bahagian bawah kek sahaja. Bakar secara waterbath (loyang kek isi dlm loyang isi air) 60minit suhu 150-170deg ikut oven masing-masing. Make sure panaskan oven dulu & air dlm loyang panas juga.
- Edit: Tips nak bagi meringue (putih telur kental) menjadi, make sure telur segar. Senang nak asing putih & kuning. jangan ada kuning termasuk dalam putih telur, bekas & pekakas jangan ade air, make sure kering seperti digurun.
Selamat mencuba. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Permata Pink