Ini Cara Masak Nasi Goreng Paling Mudah Untuk Mereka Yang Tidak Suka Dapur Bersepah

Bagaimana anda memasak nasi goreng jika guna periuk nasi? Masak nasi putih dahulu atau masakkan sekali dengan bahan-bahan lain?

Seorang pengguna Facebook memuat naik resipi nasi goreng versinya menggunakan periuk nasi dan telah tular sebanyak 12 ribu perkongsian. Leslie Koh yang berasal dari Singapura berkata cara ini lebih mudah kerana tidak perlu khuatir dengan keadaan dapur yang berminyak selepas memasak.

Jom lihat langkah demi langkah memasak nasi goreng guna periuk nasi elektronik ini!

Bahan-bahan:

  • 2 cawan beras.
  • 3 batang sosej yang dipotong dadu.
  • Daun bawang yang dicincang.
  • 1 sudu besar kicap.
  • 1 sudu besar minyak bijan.
  • 1 1/2 cawan stok ayam.
  • 1 cawan air.
  • Telur.
  • Serbuk lada hitam.
Baca juga :  Resepi Bihun Sup Mudah paling padu dan enak! Cili kicap dia memang marbeles!

Cara-cara memasak:

1. Basuh beras seperti biasa, kemudian masukkan beras dalam periuk nasi.
2. Masukkan sosej, kicap, minyak bijan, stok ayam dan air dan kacau rata.
3. Tekan butang masak pada periuk nasi. Setelah nasi masak, pecahkan telur dan tuangkan ke atas nasi tadi.
4. Kemudian, masakkan lagi sekali pada mod ‘keep warm’ selama 10 minit.
5. Setelah itu, masukkan daun bawang dan serbuk lada hitam dan kacau rata.

Sumber: Leslie Koh

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.