Cara dan Resepi untuk membuat Acar Buah. Menu yang sangat dirindui semua penggemarnya!

Senang je buat Acar Buah ni. Bila baca resepi macam susah. Apa-apa pun sediakan bahannya dahulu. Selamat mencuba ya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 kg jeruk buah-buahan campuran.
  • 250 gram kismis.
  • Bawang merah di hiris.
  • Bawang putih di hiris.
  • Halia di hiris.
  • 1 cawan cili kering blend.
  • 1 cawan cili sos.
  • 11/2 cawan gula.
  • Garam secukup rasa.
  • 2 sudu makan cuka.

*kalau suka boleh tambah rempah

Cara untuk membuatnya:

  1. Cara untuk membuatnya mudah sahaja. Tumiskan bawang dan halia sehingga naik bau. Kemudian masukan cili masak dan goreng hingga garing.
  2. Masukan pula sos dan perasa.
  3. Akhir sekali baru masuk buah jeruk kemudian gaulkan sehingga sebati dan masak sehingga sosnya bertukar menjadi seakan-akan kuah ayam masak merah.
  4. Siap dan selamat mencuba.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ayam Tandoori. Tak perlu beli lagi lepasni!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Maheran Sukor. Terima kasih ya.

One thought on “Cara dan Resepi untuk membuat Acar Buah. Menu yang sangat dirindui semua penggemarnya!

Comments are closed.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.