Idea minum petang, Potato Fingers. Senang je nak buat! Ini resepi dan bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan:
- 3 Biji kentang.
- 5 sudu besar Tepung jagung.
- 1 sudu besar tepung beras.
- 1 sudu besar daung bawang dihiris.
- 1 sudu besar carrot cincang.
- 1 Sudu kecil lada sulah.
- 1 sudu kecil garam.
Note : tepung beras untuk fingers yang rangup. Tapi kalau takda tepung beras boleh letak tepung jagung je.
cara-caranya:
- Rebus kentang dan lenyekkan.
- Masukkan semua bahan di atas dan gaulkan.
- Bila doh kelihatan kering tambah 1 sudu kecik butter/minyak.
- Bentukkan macam mana korang suka.
- Biarkan selama 5-10 minit dalam peti ais sebelum goreng.
Selamat minum petang guys!