Resepi Ayam Goreng Pandan

Kami kongsikan kepada anda salah satu menu untuk anda cuba sebagai menu berbuka iaitu Ayam Goreng Pandan.

Bahan-bahan yang perlu dikisar adalah:

  • Bawang merah,
  • Bawang putih.
  • Cili kering.
  • Serai.
  • Halia.

Bahan-bahan tambahan pula:

  • Sos tiram.
  • Garam.
  • Gula.
  • Serbuk Kari Ayam.

Cara untuk membuatnya:

  1. Kisar bahan diatas dan gaulkan bersama isi ayam yang telah dipotong.
  2. Perasakan garam dan gula secukupnya dan gaulkan dengan serbuk kari ayam pula.
  3. Masukkan sos tiram untuk jadikan ayam lebih sedap dan kemudian perap isi ayam tadi dengan semua ramuan selama satu jam.
  4. Balut ayam dengan daun pandan dan sematkan dengan lidi. Kemudian bolehlah digoreng sehingga masak.
Baca juga :  Resepi Sos Merah Sengkuang Calit yang sedap

Siap. Selamat mencuba. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Cik Tiqah memalui medium Facebook Masak Apa Hari Ini.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.