Resepi Bihun Sup Utara

Kami kongsikan kepada anda cara dan resepi untuk membuat Bihun Sup Utara (Sup Tulang). Mungkin boleh menjadi menu anda untuk berbuka puasa nanti.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Zaini Talib. Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti dibawah ini.

Bahan-bahan Asas

  • 1 bungkus bihun.
  • 1 sudu kunyit.
  • Rebus bihun dalam air yang mendidih yang ditambah kunyit. Kemudian basuh dan tapis.

Bahan-bahan untuk Sup Tulang

  • 1 kilogram tulang dicampur sedikit daging.
  • 2 batang serai diketuk.
  • Halia lebih kurang 2 inci diketuk.
  • 4 ulas bawang putih ditumbuk.
  • 4 ulas bawang merah kecil ditumbuk.
  • 1 batang kulit kayu manis.
  • Setengah sudu kecil bunga cengkih ditumbuk kasar.
  • Setengah sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar.
  • 3 bunga lawang.
  • 4 biji buah pelaga.
  • Sedikit batang daun sup.
  • Air secukupnya.
Baca juga :  Resepi Kuah Kacang mudah. Sangat sesuai untuk dimakan bersama mee rojak, nasi himpit dan sate.

Caranya adalah dengan memasukkan kesemua bahan bahan didalam periuk. Kemudian rebus sehingga empuk kemudian masukkan garam atau perasa jika suka. Selepas sup dah masak boleh masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng ke dalam sup. Kalau taknak buat pun tak apa.

Bahan-bahan sambal cabai merah

  • Cili kering yang telah di kisar atau cili boh atau cili yang siap dikisar.
  • Sedikit bawang putih dan bawang merah kecil ditumbuk.
  • Asam keping atau air asam jawa atau cuka.
  • Garam dan gula.

Caranya adalah dengan menumis bawang kemudian masukkan cili. Masak sampai pecah minyak. Kemudian masukkan asam keping atau air asam jawa atau cuka, garam dan gula. Boleh juga masukkan sedikit sos cili jika taknak masukkan gula.

Baca juga :  Cara untuk membuat Jagung Rebus Krim Cheese Leleh yang sangat mudah dan sedap!

Bahan-bahan sampingan untuk dimakan bersama bihun

  • Daun bawang, Daun sup, Lobak masin dan Bawang goreng.

Selamat mencuba. Bihun sup utara, Sambal cabainya merah dan bihunnya warna kuning.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.