Cara untuk Membuat Satar Ikan. Anda pasti puas hati dengan rasanya yang sedap dan memukau selera anda!

Satar adalah satu makanan yang popular di Pantai timur yang mana bahan utamanya adalah isi ikan. Jadi bagi korang yang nak cuba buat sendiri satar ni, kami kongsikan kepada anda resepi dan cara untuk membuatnya.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Asma Mohamed. Terima kasih ya.

Bahan-bahannya adalah:

  • 3 1/2 cawan isi Ikan Segar / Mentah yang telah dikisar. Anggaran dalam 1.3 kg ikan sebelum disiang.
  • 2 sudu teh Cukup Rasa Maggi.
  • 4 sudu besar Gula.
  • 1 sudu teh Garam.
  • 1 sudu besar Pes Cili Kering atau Ciliboh.
  • 1 genggam Daun Kesum yang telah dimayang.
  • 12 biji Lada Jarum / Cili api dan dipotong kecil.
Baca juga :  Resepi Roti Mudah dan Sedap

Bahan yang perlu ditumbuk:

  • 10 ulas Bawang Merah.
  • 1 inci Halia.
  • 2 cawan Kelapa Parut.

Bahan untuk membungkus:

  • Daun Pisang secukupnya.
  • Lidi Satay secukupnya.

Cara penyediaannya:

  1. Gaulkan isi ikan dengan semua bahan di atas.
  2. Kemudian ambil sedikit adunan satar dan masukkan ke dalam daun pisang dan bungkus. Boleh rujuk pada video disini untuk cara membungkus.
  3. Cucuk satar pada lidi dan ULANGI sehingga selesai.
  4. Panaskan kuali ajaib dan bakar satar sambil dibalik-balikkan sentiasa sehingga masak dengan sempurna.

Selamat mencuba.


Nota tambahan: Kebiasaanya SATAR ni dibuat manis sedikit. Boleh kurangkan gula mengikut citarasa anda. Boleh gunakan Ikan Selayang atau Kembung untuk satar yang berwarna gelap isi nya. Kepada yang suka makan pedas boleh tambah lagi kandungan cili api.

Baca juga :  Cara untuk membuat Acar Jelatah yang sangat ringkas tapi sedap. Hanya perlukan 5 minit sahaja.

One thought on “Cara untuk Membuat Satar Ikan. Anda pasti puas hati dengan rasanya yang sedap dan memukau selera anda!

Comments are closed.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.