Resepi dan cara untuk membuat Bebola Kentang Berinti Keju. Kenikmatan dalam setiap hidangan!

Kami nak kongsikan kepada anda resepi dan cara untuk membuat Bebola Kentang Berinti Keju. Kenikmatan dalam setiap hidangan! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Fia Sofia. Selamat mencuba.

Bahan-Bahan yang diperlukan:

  • 6 Biji Ubi Kentang.
  • 2 Sudu Gula.
  • 1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa.
  • Mozzarella Cheese di potong dadu.
  • 2 biji Telur ayam.
  • Serbuk Roti.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Rebuskan ubi kentang sehingga empuk.
  2. Kemudian, lenyekkan ubi kentang sehingga halus. Masukkan bahan perasa dan gula.
  3. Bulatkan ubi kentang mengikut saiz kesukaan anda dan leperkan guna tangan. Isikan inti cheese yang telah dipotong dadu tadi kemudian tutupkan menjadi bulat balik.
  4. Masuklan ke dalam telur kemudian salutkan dengan serbuk roti. Ulang sekali lagi agar lapisan lebih tebal dan kentang tidak mudah pecah semasa digoreng.⁣
  5. Goreng bebola kita tadi di dalam minyak panas. Gunakan api yang sederhana sehingga bebola kuning. Dah siap.
Baca juga :  Cara dan resepi untuk membuat Cotton Cheese Cake super gebu gebas

Insha Allah menu ni Simple dan sedap untuk ada cuba. Pasti anda akan suka. Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.