Resepi Tapai Pulut Gerenti Jadi. Sedapnya makan sejuk-sejuk.

Sedapnya, terliur terus tengok gambar tapai pulut ni. Lebih-lebih lagi kalau guna daun getah. Aromanya tu yang buat kita makan banyak. Dah cuba jangan lupa kongsikan resepi ni kepada orang lain ya. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 kg beras pulut.
  • 1 biji ragi (15 gram).
  • Daun Pisang / Daun Getah / Daun Rambai / Bekas Kecil (mana yang mudah bagi anda).

Cara-caranya untuk menyediakan tapai pulut seperti dibawah (pulut dikukus):

  • Masak pulut sehingga masak. Boleh ditanak atau dikukus.
  • Mula-mula rendamkan dahulu beras pulut dengan air paip selama 2 hingga 3 jam.
  • Sediakan periuk kukusan. Buang air rendaman pertama kemudian bilas sekali lagi. Basuh dua kali sahaja. Jangan gaul pulut tu nanti hancur.
  • Kukus pulut tadi selama stengah jam hingga 40 minit.
  • Angkat pulut kemudian tuang kedalam bekas. Masukkan segelas air paip kedalam pulut, gaul biar rata. Kukus sekali lagi selama 15 hingga 20 minit atau sehingga pulut kelihatan agak lembut. Jangan biarkan pulut terlebih kembang.
  • Sejukkan pulut yang telah masak tadi di atas talam, rata-ratakan pulut tersebut di atas talam supaya nanti senang nak tabur ragi. Pastikan pulut betul-betul sejuk ye, kalau tak nanti tapai akan bewarna merah apabila dah masak.
  • Setelah pulut sejuk, hancurkan ragi dalam mangkuk dan sudukan ragi yang telah hancur ke dalam penapis.
  • Kemudian ayakkan ragi tu di atas pulut yang telah sejuk tadi. Kemudian kaup balik pulut tadi dan taburkan lagi ragi dan gaul lagi sehingga ragi sekata.
  • Sudukan pulut ke dalam daun pisang / daun getah atau bekas kecil untuk proses penapaian. Agak-agak sendiri banyak mana nak letak.
  • Kemudian peram tapai dalam bekas yang gelap dan tutup rapat. Peram selama 2 hari 2 malam ye. Selepas peram boleh masukkan tapai ke dalam peti sejuk. Bila dah sejuk boleh la dimakan.
Baca juga :  Resepi Pisang berkaramel Bersos Kastard. Menu minum petang yang sedap untuk anda cuba.

Tak ada petua apa-apa pun. Dahulukan dengan Bismillah. Tapai sedap dimakan sejuk-sejuk, pekena 1 biji tak cukup. Habis 1 biji mesti nak lagi dan lagi. Maka jadilah berbiji-biji makan tapai. Tapi harus di ingat bahawa pesakit kencing manis jangan makan banyak ya. Boleh memudaratan kesihatan anda pula nanti

*Resepi asal ini disumbangkan oleh Puan Jalilah JJ melalui Facebook Masak Apa Hari Ni dan disunting bagi penyesuaian pembacaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.