Resepi sup telur chinese style. Kebiasaannya sup ni dihidangkan di hotel. Kita buat dan tambah crab stick sebagai penambah selera.

Bahan-bahan utama yang diperlukan adalah:

  • Bawang putih (cincang halus).
  • Halia (cincang halus).
  • Kiub pati ayam (tiada MSG).
  • Filamen ketam (dihiris nipis).
  • Telur ayam (dibancuh).
  • Tepung jagung (dibancuh).

Cara memasak sup ini adalah seperti berikut:

  • Panaskan air di dalam periuk. Masukkan kiub pati ayam, bawang dan halia. Biarkan sehingga mendidih.
  • Setelah air rebusan mendidih, isi filamen ketam dan biarkan masak.
  • Kemudian, tuangkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga sup menjadi pekat.
  • Kacau sup secara pusingan dan tuangkan bancuhan telur secara perlahan supaya telur tidak bergumpal.
  • Tambahan perasa; secubit garam, sesudu kecil cuka, dan sesudu kecil kicap pekat.
  • Sedia dihidang/dimakan bersama daun bawang & minyak bijan.

Selamat mencuba.