Sayur Jambu Golok Sotong. Resepi terkenal di Terengganu. Serius, sedap ya amat! Rasa enak lemak buah jambu golok ni tersangat. Untuk Ann sedap di ratah gitu saje.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 8 – 10 biji buah jambu golok.
  • 2/3 ekor isi ikan selayang.
  • 10 ekor sotong – saiz halus (saya suka guna sotong jarum).
  • 1 cawan santan fresh.
  • 1 cawan air.
  • 1 labu bawang besar – dipotong 8.
  • 2 -3 biji cili merah -dipotong serong/panjang.
  • Belacan.
  • Sedikit garam.
  • Sedikit gula.

Cara untuk membuatnya:

  1. Buah jambu Golok dipotong halus dan dibuang bijinya. Kemudian diramas dengan air garam. Perahkan jambu golok tadi untuk dibuang airnya (bagi menghilangkan rasa kelat). Bilas jambu golok tadi dan ketepikan.
  2. Masukkan santan juga bawang merah dan dimasakkan dengan api yang sederhana.
  3. Tambahkan secawan air supaya kuah tersebut tidak terlalu pekat.
  4. Masukkan sotong yang dibersihkan dibuang kulitnya, dan juga masukkan jambu golok yang diperahkan tadi. Kemudian masukkan lada yang dihiris , gula dan garam.
  5. Biarkan sehingga mendidih. Siap!

Boleh di makan dengan ikan goreng dan sambal belacan. Lauk kegemaran Ann bila tiba musim buah jambu golok. Selamat mencuba ya.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Shai Anne Ahemed. Terima kasih.