Sambal tomato ikan bilis goreng. Terliur tak? Ratah pun sedap, makan dengan pulut pun sedap. Makan dengan lontong pun sedap.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Syahidawati dan diolah semula oleh Homemade By Roselyza.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1/2 mangkuk ikan bilis.
  • 1 inci belacan.
  • Sedikit minyak untuk menggoreng.

Bahan diatas perlu digoreng terlebih dulu sehingga masak dan ketepikan.

  • 4 biji cili merah dipotong kasar.
  • 2 biji tomato dipotong 8.
  • 5 ulas bawang kecil.
  • 3 ulas bawang putih.

Bahan diatas perlu ditumbuk kasar bersama ya.

  • 1 sudu kecil garam.
  • 1 sudu besar gula.
  • 1 inci gula melaka / gula kabung / nisang.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Tumiskan bahan-bahan kisar sehingga naik bau dan layu. Kacau rata sampai keluar minyak dan masukkan ikan bilis dan belacan yang telah digoreng tadi.
  2. Gaul sekejap. Masukkan pula gula melaka tadi dan masak sampai hancur. Baru masukkan garam dan gula. Rasakan. Kalau kurang ummph tambah apa yang patut.
  3. Kalau rasa semua dah okay maksudnya dah siap. Boleh makan dengan nasi panas. Ada petai atau apa jenis ulam pun terangkat wei. Selamat mencuba.