Resepi Puding Buih bersama Kuah Kastard. Kegemaran orang ramai di Pantai Timur!

Sila buat ye yang minta resepi tu. Lenguh mok sa taip resepi nih. Resepi dan cara untuk membuat Puding Buih Mok Sa Gebus.

Bahan Utama yang diperlukan adalah:

  • Agar2 tali 30 gram.
  • Gula 1 1/2 cawan.
  • Air 1 liter (jangan lebih ya, terkurang takpe).
  • Daun pandan.

Bahan-bahan diatas perlu dimasak sehingga likat sedikit.

Cara untuk menyediakannya:

  1. Masukkan warna kesukaan.
  2. Telur gred B 6 biji. Cuci telur dengan bersih ye. Selepas tu lap biar kering. Telur asingkan putih & kuning..xmo ada campur sedikit pun. Buang pusat telur yang warna putih tu.
  3. Esen vanilla.
  4. Mixer putih telur sehingga kental @ meringue. Bile angkat mixer. Adunan bertanduk tak jatuh berlepek. Bila dah betul-betul yakin. Masukkan telur kuning sebiji-biji (6 biji) sambil mixer nonstop.
  5. Kite putar lagi. Putar sampai pekat.
  6. Lepas tu. Masukkan agar-agar yang dah masak tadi (agar-agar yang masih panas) dalam telur buih tu.
  7. Masukkan esen vanila setutup botol. Putar lagi sampai kembang.
  8. Kena sampai adunan tu suam. Takmo panas. Nanti tak jadi. Kalau nak cepat. Mok sa amik besen letak air dalam tu. Pastu letak bekas adunan dalam tu sambil putar lagi putar lagi halim.
  9. Bila dah suam-suam kuku. Boleh la tuang dalam bekas yang korang suka dan masukkan dalam peti ais.
Baca juga :  Resepi Cucur Udang Rangup dan paling puas hati. Memang merecik punya!

Cara membuat Kuah kastard vanila mok sa berlemak manis.

  • Susu cair 1 tin.
  • Air sukat pakai tin susu sebanyak 2 tin.
  • Susu pekat 1/2 tin @ kurang. Ikut manis yang dikehendaki.
  • Garam secubit.
  • Cengkih 6 – 7 kuntum.
  • Tepung kastard 1 sudu besar (kacau dalam air sikit).
  • Esen vanilla setutup.
  • Daun pandan.

Masak la semua atas dapur. Masuk la ikut step-step biar gelegak. Sejukkan pastu masuk peti ais. Selamat mencuba.

resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Salbiah Bee.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.