Jom kita cuba resepi bancuhan tepung ini untuk dapatkan hasil yang rangup dan enak!

Resepi padu dan terbaik untuk membuat Cempedak Goreng bersalut Tepung Rangup. Jangan risau memang tepung tebal dan crunchy betul menurut pemilik resepi ini iaitu Puan Bahiah Saripuddin. Selamat mengunyah ya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Sebiji cempedak.
  • Secawan tepung goreng pisang adabi.
  • Sedikit serbuk kunyit.
  • Secubit garam.
  • Sesudu gula.
  • Sebiji telur.
  • Sedikit air.

Cara untuk membuatnya:

  • Bancuh semua bahan diatas bersekali. Senang je tak payah nak susah mana.
  • Kacau sehingga sebati. Masuk air sedikit demi sedikit ok.
  • Masukkan cempedak yang telah dikopek tadi. Gaul sehingga sebati.
  • Panaskan minyak untuk menggoreng dan terus goreng sehingga bertukar warna keperangan.
  • Angkat dan bolehlah dihidangkan panas-panas.
Baca juga :  Ayam Goreng Hatyai sekali rasa memang tak percaya dek kesedapannya. Memang lain daripada ayam goreng biasa!

Jom makan. Bestnya makan panas-pnas dikala hujan ni kan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.