Kali ini kami kongsikan kepada anda resepi mudah untuk membuat popia basah. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kulit popia kalau malas nak beli yang dah siap adalah seperti dibawah ini.

  • 2 Cawan tepung gandum.
  • Sebjii telur ayam.
  • 1 sudu besar cuka makan.
  • 1 sudu besar minyak masak.
  • Air secukupnya.

Bancuh semua bahan diatas supaya menjadi adunan yang agak-agak lembik sedikit dari bancuhan untuk membuat cekodok. Perapkan aduna tadi selama 1 jam kemudian barulah  disapu di atas kuali tak lekat. Saya sapu pakai kain. Buat kain tu macam bunjut besar penumbuk dan sapu adunan tepung di atas kuali. Sapu nipis-nipis je. Kuali tu tak perlu disapu minyak.

Untuk membuat sos popia basah pula, sediakan bahan-bahan dibawah ini.

  • 10 tangkai cili kering direbus dahulu.
  • 4 atau 5 biji bawang putih. Kisarkan ia bersama cili kering tadi.
  • 3 sudu besar sos cili.
  • 2 sudu besar cuka makan.
  • 2 sudu kismis atau kurma dan dikisar.
  • 2 sudu gula merah.
  • Tumis semua bahan diatas dan masak sehingga kering.

Bagi menyediakan inti popia basah pula, ini bahan yang diperlukan.

  • Sengkuang yang telah dipotong nipis panjang.
  • Lobak merah dipotong nipis pajang.
  • Taugeh.
  • Udang kering.

Caranya, tumis bawang putih bersama udang kering tadi dan masukkan semua bahan di atas. Perasakan dengan garam dan gula mengikut kesesuaian.

Kemudian apabila semua perkara-perkara di atas telah siap, boleh la mulakan sesi menggulung popia kita. Caranya sapu sos dia dahulu kemudian letakkan inti. Jangan terlalu banyak nanti kulit akan pecah. Isi inti agak-agak je dan boleh tambah kacang tanah goreng yang ditumbuk bagi yang suka.