Ramai yang mintak resepi kueh Bingka/Bingkang pandan tepung gandum semalam yea. Nie haaa saya share resepinye Bingka/Bingkang pandan tepung gandum.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 3 cawan tepung gandum.
  • 1 cawan gula pasir.
  • 1 cawan air pandan.
  • 4 cawan santan pekat.
  • 5 biji telur.
  • 3 sudu marjerin.
  • Garam secubit.
  • 2 titik pewarna hijau.

Cara membuatnya:

  1. Blender bahan hingga sebati sampai tak berketul-ketul.
  2. Sapukan loyang dengan sedikit marjerin supaya tak melekat. Masukkan loyang ke dalam Oven sekejap. Bila sudah panas loyang tuangkan adunan tadi ke dalam loyang.
  3. Jika suka tabur la bijan. Bakar 1 jam pada suhu 180C hingga masak menggunakan api atas bawah. Bila dah masak separuh tukar dengan api bawah sahaja dalam 15 minit.
  4. Bila dah sejuk baru boleh di potong. Selamat mencuba kekawan ye.

Resepi ini telah dikongikan oleh Puan Watie Aiman. Terima kasih.