Hari ni saya nak menunjuk la sikit hasil resepi yang dikongsikan tempoh hari untuk buat kek labu. Alhamduillah kek yang saya buat ni menjadi elok, lembut dan gebu.

Labu dekat rumah ni kalau buat gulai ke lepat ke memang tak jalan. Sekali bila kita buat kek berebut-rebut mereka makan. Resepi dan bahan yang diperlukan adalah seperti dibawah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
  • 2 cawan tepung gandum.
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) sodium birkarbonat.
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) serbuk baking powder.

Bahan-bahan diatas perlu disatukan. Jika nak senang  anda semua boleh pakai tepung kek je sebab tak perlu campur-campur dah.

Bahan-bahan yang perlu dikisar adalah:
  • Labu 1 cawan (tidak perlu direbus).
  • Gula 1 cawan.
  • Minyak masak 1 cawan.
  • Telur ayam 3 biji.
  • Sedikit garam.
  • Kisar semua bahan diatas sehingga gula hancur.

Cara membuatnya adalah:
  • Bahan yang telah dikisar tadi perlu dicampur ke dalam tepung tadi dan gaul lah menggunakan tangan supaya semua bahan sebati dan tidak berketul.
  • Sediakan pengukus. Tapi perlu diingatkan pengukus tadi perlulah dipanaskan terlebih dahulu.
  • Sapukan sedikit minyak kedalam loyang sebelum menuangkan bancuhan kek tadi.
  • Bancuhan kek tadi perlu dikukus sehingga masak selama 45 minit.
  • Setelah siap bolehlah terus dimakan panas-panas.

*Resepi asal ini disumbangkan oleh Puan Rahayu Musa melalui Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN) dan disunting bagi penyesuaian pembacaan.