Resepi Sambal Ikan Bilis Extra Bawang. Abah cheyah suka sangat kalau buat sambal ikan bilis ni. Kalau ikan bilis tu masih crunchy lagi la sodap. Macam menu lunch cheyah harini nampak simple tapi makan berselera. Ajommm terjah resepi cara cheyah pula.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Cheyah Saripuddin. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperluka adalah:

  • 300g ikan bilis (potong dua dan basuh).
  • 1 biji bawang besar (potong bulat buat hiasan).
  • 2 biji bawang merah.
  • 6 ulas bawang putih.
  • 1 inci belacan.
  • 1 inci halia.
  • 2 sudu besar cili kisar.
  • Garam dan gula secukup rasa.

Cara penyediaannya:

  1. Blanderkan semua bahan kecuali bawang besar. Panaskan kuali dan goreng ikan bilis sehingga garing. Ketepikan.
  2. Guna minyak yang sama, tumis bahan yang diblander tadi. Goreng sehingga ia masak dan pecah minyak.
  3. Kemudian, boleh tambah gula dan garam. Kacau sebati dan boleh masukkan ikan bilis bersama bawang besar.
  4. Kacau sehingga ia masak. Dah siap untuk dimakan. Cheyah makan bersama ikan goreng dan kacang buncis goreng.

Selamat mencuba!