Resepi Kobis Gulung. Sesuai dicicah dengan sos cili thai. Sesuai jugak untuk yang nak diet hihi. Meh saya sharekan resepi inti versi saya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Dada ayam dicincang @ pakai daging cincang jenama ramly pon boleh.
  • Bawang putih.
  • Bawang merah.
  • Serbuk lada hitam.
  • Serbuk lada sulah.
  • Serbuk maggi cukup rasa.
  • Serbuk cili.
  • Lobak merah.
  • Kobis purple.

Cara untuk membuatnya:

  1. Tumis bawang putih dan merah smpai naik bau.
  2. Masukkan isi ayam masak sampai air ayam sedikit kering.
  3. Masukkan lobak dan kobis purple goreng sekejap.
  4. Masukan lada hitam, lada sulah, serbuk cili dan maggi cukup rasa. Sesuaikan rasa.
  5. Kulit kobis tu boleh pakai kobis apa-apa pon. Yang penting kena celur dulu bagi lembut supaya senang nak gulung.
  6. Lepas dah gulung boleh ikat dengan daun kucai. Tak ikat pun takpe. Lepas tu kukus dalam 3 minit untuk lembutkan lagi kobis tu.

Selamat mencuba resepi berasakan sayur KOBIS. Resepi ini telah dikongsika oleh Puan Az Hanie Ismail. Terima kasih.