Kali ni kami kongsikan kepada anda cara dan resepi untuk membuat Ayam Panggang Ala Domino.

Ayam kita gunakan Sekilo sahaja untuk bahagian drumstik yang kecil tu yer. Kalau ikut resepi asal guna seekor ayam. Cuci bersih dan toskan.

Bahan-bahan yan diperlukan adalah:

  • 120 gram sos cili.
  • 120 gram sos tomato.
  • 120 gram sos tiram.
  • 2 sudu besar madu.
  • 2 sudu besar gula.
  • 1 sudu besar garam.
  • 1 sudu besar serbuk cili.
  • 2 sudu besar lada hitam.
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk lumat.
  • 60 gram Butter.

Cara untuk menyediakannya:

  1. Masak kesemua bahan sampai butter cair kemudian sejukkan bahan yang telah dicairkan tadi.
  2. Lumur bahan tadi kepada ayam dan letak sedikit minyak.
  3. Kemudian perap ayam yang telah dilumur tadi selama 4 – 5 jam. Lagi lama lagi sedap.
  4. Bakar pada suhu 180° – 200°  mengikut oven masing-masing menggunakan api atas dan bawah selama 30 – 40 minit mengikut kesesuaian.

Siap dan bolehlah dihidangkan. Kredit kepeada pemuat naik resepi iaitu Puan Fiza Sezali.