Resepi dan Cara Membuat Rendang Kerang. Puas hati sangat kalau buat sendiri!

Resepi Rendang Kerang yang sedap ni boleh digandingkan dengan pelbagai menu yang lain. Makan dengan nasi himpit boleh, nasi lemak boleh, nasi panas-panas pun boleh. Ikut selera masing-masing.

Resepi ini telah dikomgsikan oleh Encik Fauzi Karim. Terima kasih ya.

Sumber gambar adalah dari https://www.rasa.my/

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Kerang 2 kilogram. Kerang perlu direbus dahulu dan dibuang kulitnya.
  • 2 biji kecil bawang merah, 3 ulas bawang putih, 2 inci lengkuas, 2 inci kunyit hidup dan 5 batang serai. Kesemua bahan ini perlu dikisar ya.
  • Cili boh 2 sudu besar.
  • Serbuk kari 1 sudu besar.
  • Kerisik 1 sudu besar.
  • Santan.
  • Asam keping sekeping.
  • Daun kunyit.

Cara menyediakannya:

  1. Tumis bahan yang telah dikisar sehingga airnya menjadi kering. Kemudian letak satu batang serai yang telah diketuk.
  2. Masukkan cili boh dan masak sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan serbuk kari dan masak sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan kerang, santan, asam keping, garam dan gula. Perasakan sehingga rasanya menjadi seimbang.
  5. Akhir sekali masukkn kerisik dan daun kunyit apabila air dah mula kering sedikit. Masak sehingga benar-benar yakin ianya dah masak.
  6. Siap dan boleh dihidangkan.
Baca juga :  Rupanya ini cara paling senang untuk membuat Nasi Himpit. Pasti jadi punya!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.