Selamat petang semua. Hari ni masak ayam masak cili padi. Kalau nak syok, guna ayam bahagian yang banyak tulang nanti best masa makan. Resepi Ayam Masak Cili PadiĀ  ini konfem akan membangkit selera anda. Nasi tambah mesti punya la.

Terima kasih kepada Ica Ashida. Langkah-langkah menyediakan boleh tengok dibawah gambar ya. Selamat mencuba.

1. Tumbuk Cili padi, sedikit belacan, bawang merah. Terpulang sama ada nak tumbuk kasar atau halus.

2. Kemudian, Ayam digoreng seketika untuk buang lebihan air. Jangan masak pulak nanti kering ayam tu nanti.

3. Bahan tumbuk tadi ditumis sehingga separa garing kemudian masukkan potongan tomato dan tumis seketika.

4. Gaul sebati bahan tumis tadi kemudian masukkan air dan ayam. Gaul rata kesemua bahan tadi agar serasi dengan ayam. Masak sehingga agak kering.

5. Siap sudah menu kita petang ni. Senang je nak buat. 5 langkah je. Tu pun bahan semua sedia ada di dapur dah. Semoga bermanfaat kepada anda semua. Kongsikan ye pula kepada yang lain.