Resepi Apam Viral 5 Bahan Sahaja. Paling mudah dan senang untuk semua orang!

Kami kongsikan kepada anda resepi dan cara untuk membuat Kek Apam viral dengan hanya menggunakan 5 bahan sahaja. Resepi asal adalah dari Cikgu Azlina Ina. Ni kali kedua kami buat. Gebu gebas apam kami ni. Selamat mencuba.

Bahan yang diperlukan adalah:

  • 3 biji telur ayam* (saya guna gred B).
  • 1/2 cawan gula halus*.
  • 1 sudu besar ovalete*.
  • 1 sudu kecil esen vanila*.
  • 1 cawan Tepung gandum.

Cara untuk membuatnya:

  1. Campurkan bahan yang bertanda * dan pukul sampai putih dan kembang.
  2. Kemudian, masukkan tepung sikit-sikit. Kaup balik dan bahagikan kepada 2 kalau nak buat yang berwarna. Oles bekas kukus dengan planta.
  3. Tutup bekas dengan plastik untuk elakkan air masuk dalam adunan dan kukus sehingga masak anggaran dalam anggaran masa selama 30 hingga 40 minit.
Baca juga :  Cara untuk membuat Menu Sarapan mudah iaitu Apam Lenggang berserta video lengkap. Cubalah!

Selamat mencuba. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Erna Umairah Ufairy. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.