Buat agar-agar santan gula melaka. Buat lebih dapat jamu kawan-kawan kat tempat kerja. Buat pun senang.

Seperti yang saya pernah beritahu sebelum ni. Kalau guna agar-agar tali jumlah gram agar-agar seperti berikut ya. 1.2 gram = isipadu air/cecair 1200 ml dan 1.8 gram=isipadu air/cecair 1800 ml. Begitulah selanjutnya. Resepi ni bole buat separuh sebab saya buat dalam amaun yang banyak.

Bahan yang diperlukan adalah:

  • 30 gram agar-agar tali.
  • 1.5 L air.
  • 1.5 L santan pekat.
  • 600 gram gula melaka.
  • 2 helai daun pandan disimpul.
  • Sedikit garam.
  • 3 biji telur ayam.

Cara untuk membuatnya:

  1. Masak gula melaka bersama air sehingga hancur. Letakkan daun pandan dan garam.
  2. Dalam bekas lain pecahkan telur, kacau dan campurkan dengan santan.
  3. Apabila air gula melaka dan agar-agar telah mula mereneh, masukkan santan tadi.
  4. Biarkan ia mendidih dan membuak.
  5. Keluarkan daun pandan dan masukkan ke dalam bekas. Sejukkan selama 2 hingga 3 jam. Bahagian santan akan naik ke atas secara sendirinya.

Resepi saya kurang manis. Kalau nak manis tambahkan gula melaka atau gula pasir. Selamat mencuba.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Imah Halimah. Terima Kasih.