Kebanyakan resepi menggunakan 3 atau 4 biji telur. Resepi ini telah saya olah menggunakan 6 biji telur. Terima kasih kepada pemilik resepi ini iaitu Puan Ina Tajul kerana berkongsi resepi mudah dan sedap ini.

BAHAN A:

  • 120g sweet corn cream.
  • 50g minyak jagung.
  • 1/4tsp garam halus.
  • 6 biji kuning telur.
  • 120g tepung low protein/tepung kek/tepung superfine.

BAHAN B (meringue):

  • 6 biji putih telur.
  • 120g gula castor.
  • 1/4 cream of tartar.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Satukan/whisk bahan A kecuali tepung.
  2. Campurkan tepung yg diayak ke dalam bahan A yg telah di whisk sebati. Ketepikan adunan.
  3. Preheat oven suhu 150°c.
  4. Pukul bahan B hingga soft peak.
  5. Campurkan bahan B ke dalam A secara kaup balik dan perlahan lahan.
  6. Tuang ke dalam loyang chiffon dan hentakkan loyang untuk membuang gelembung udara.
  7. Masukkan loyang berisi adunan ke dalam oven dan bakar pada suhu 150°c api atas bawah selama 90 minit/sehingga masak (bergantung pada oven masing2).

Siap dah sedia dihidangkan. Selamat mencuba.