Kali ni kami nak kongsikan kepada anda resepi yang telah dikongsikan oleh Puan Nazarina Che Man untuk membuat Asam Pedas Original Melaka katanya.

Apa kata kita semua cuba resepi ni ya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 4 ketul ikan pari / parang / tenggiri (dibasuh bersih).
  • 3 biji bawang merah.
  • 1 biji bawang putih.
  • 2 cm halia.
  • 1 mangkuk cili kering kisar – boleh letak lebih.
  • 3 cm belacan.
  • 2 cm kunyit hidup.
  • 1 sudu besar lada hitam.

Bawang merah, putih, halia, cili, belacan, kunyit dan lada hitam kesemuanya diblend skali.

  • 3 batang serai – dititik.
  • 1 sudu teh halba.
  • Daun kesum dan bungan kantan.
  • Bendi / terung.
  • Air asam jawa secukupnya.
  • Garam dan gula.
  • Minyak untuk menumis.

Cara-cara untuk memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumis halba hingga kekuningan sikit. Masukkan bahan-bahan blend tadi termasuk serai.
  2. Tumis sehingga garing dan pecah minyak.
  3. Bila dah garing, masukkan gula secukup rasa. Jangan la manis sangat. Kemudian baru masukkan daun kesum dan bunga kantan.
  4. Masukkan pula ikan dan kacau sedikit dan masukkan air asam jawa. Banyaknya asam jawa tu bergantung mengikut kesukaan anda sama ada nak buat kuah pekat ataupun cair. Kalau cair sangat tak sedap pulak. Masam tu anda boleh agak-agak jugak dan jangan sampai masam sangat.
  5. Masukkan sayur bendi atau terung atau kedua-duanya sekali. Kemudian perasakan dengan garam dan biarkan mendidih seketika barulah apinya ditutup.

Sedikit petua untuk anda semua:

Asam pedas melaka ni kalau letak belacan lagi sedap perginya. Kalau nak rasa kesedapannya bertambah-tambah lagi. Masak awal dalam 3 hingga 4 jam sebelum nak makan. Lagi lama lagi sedap sebab rasanya yang dah sebati.

Selamat mencuba.