Cara untuk membuat sendiri Mee Kuning. Lagi puas hati buat sendiri je!

Kami kongsikan kepada anda cara bagaimana untuk membuat sendiri Mee Kuning di rumah. Selamat mencuba ya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 250 gram tepung gandum.
  • Secubit garam.
  • 1 biji telur ayam.
  • 50 ml air (tapi saya lebihkan sedikit sukatan supaya doh dapat di uli dengan baik).
  • 1 sudu teh serbuk kunyit.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Pertama sekali, gaulkan semua bahan sampai menjadi doh dan uli sehingga ianya tidak melekat di tangan.
  2. Seterusnya, potong doh kepada 4 hingga 5 bahagian.
  3. Kemudian, canaikan satu-satu hingga nipis. Bila dah puas hati, potong halus-halus guna dengan menggunakan pisau.
  4. Pastikan air rebusan mendidih baru masukkan mee ke dalam air. Rebus dalam jangka masa seminit dua saja. Jangan terlalu lama ya, nanti mee jadi lembik.
  5. Angkat dan toskan cepat-cepat di bawah aliran air paip sejuk supaya memberhentikan mee daripada terlebih masak.
  6. Ulangi proses ini hingga doh habis.
  7. Bila dah ada mee, bolehlah sediakan bahan untuk menggoreng mee seperti biasa tau pun apa sahaja masakan yang menggunakan mee kuning.
Baca juga :  Resepi paling laku keras dan ketagih ni. Ikan Bilis masak asam jawa yang pedas dan rangup. Padu sangat tau!

Terima kasih kepada Puan Anne Tay untuk cara ini. Selamat mencuba dan selamat memasak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.