Sagoon Kelapa. Throwback Makanan Zaman Kanak-kanak dulu. Jual Dalam Bekas tu RM1 je pun ok. Terima kasih kepada Dapur i’m Ummie kerana berkongsi resepi zaman kita kecil dahulu. Semoga resepi ini tak lapok dan hilang ditelan zaman. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 3 Cawan Tepung Beras.
  • 1 Cawan Tepung Pulut.
  • 1 biji Kelapa Muda diparut untuk yang putih sahaja
  • 2 Cawan Gula.
  • Secubit Garam.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Sangai Tepung beras bersama tepung pulut sehingga ringan dan keperangan. Jangan sampai hangus pula.
  2. Kemudian, sangai pula kelapa sehingga kering dan sedikit keperangan.
  3. Bila dah siap sangai, campurkan kesemua bahan dan gaul sehingga sebati.
  4. Siapa dan boleh dihidangkan. Nak simpan dia senang je. Letak dalam bekas kedap udara. Insha Allah tahan lama.

Kalau makan sagoon ni jangan bercakap nanti muka kawan yang coklat bertukar putih.