Jom cuba Daging Masak Palembang yang sedapnya lain macam. Lengkap dengan video untuk membuatnya!

Daging Masak Pelembang. Memang memikat hati suami dan secara automatiknya memikat selera anda sekeluarga. Resepi ni mudah sahaja untuk dibuat dan dicuba. Terima kasih kepada Roshima Ibrahim Shima kerana berkongsi resepi yang sangat sedap ini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 kg daging dihiris nipis.
  • 1 cawan kicap manis kipas udang.
  • 3 batang serai dititik.
  • 4 sudu kerisik.

Bahan-bahan yang perlu dikisar:

  • 2 biji bawang besar.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 5 biji bawang merah.
  • 20 biji cili kering.
  • 2 inci halia.
  • 1 inci lengkuas.

Bahan-bahan penumis:

  • 2 kuntum bunga lawang.
  • 2 batang kulit kayu mania.
  • 5 biji buah pelaga.
  • 5 kuntum bunga cengkih.

Cara-cara untuk memasak dan membuatnya:

  1. Masukkan minyak dalam kuali dan panaskan. Kemudian, tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Biar naik bau sekejap.
  2. Seterusnya, masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi dan masak seketika.
  3. Masukkan daging dan serai yang tetalh dititik. Masak sehingga daging menjadi empuk. Bila dan empuk baru masukkan kicap dan masak seketika.
  4. Masukkan pula kerisik. Kemudian, masukkan 1 camca kecil garam dan 1/2 sudu makan gula. Rasa dulu la ya. Setengah orang suka manis-manis sikit. Boleh sesuaikan rasa mengikut selera masing-masing.
  5. Apabila dah siap memasak. Bolehlah dihidangkan. Makan dengan nasi panas-panas memang sedap. Nak makan dan nasi minyak, nasi briyani pun boleh. Selamat mencuba ya.
Baca juga :  Kalau makan kat kedai mesti sedap kan? Tapi jangan risau ini rahsia mudah untuk buat Daging Masak Merah paling sedap!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.