Orang perak mesti tau menu ni. Makanan tradisi yang memang popular dan tersedap sepanjang zaman.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Julia Aleen Aireish Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 mangkuk sederhana ubi kayu anggaran 2 tongkol ubi kayu.
  • 2/3 cawan gula pasir.
  • 2/3 cawan air panas.
  • 1 helai daun pandan.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Buang kulit, potong & cuci bersih, rebus ubi kayu hingga empuk. Letak secubit dua garam halus semasa merebus.
  2. Dalam periuk lain masak karamel gula hangus, gula dah cair masukkan air panas.
  3. Letak daun pandan, masukkan ubi rebus tadi gaul sekata dan masak hingga sedikit likat. Siap, sedap sangat padan kan dengan kopi O lagi umphhh.

Selamat mencuba.