Cara untuk membuat Nasi Ketumbar yang sangat menyelerakan. Sesuai digandingkan dengan pelbagai menu lain.

Kami nak kongsikan masakan nasi ketumbar yang dikongikan oleh Keroroys Royz ni. Kata beliau nasi ni wangi dan sedap mcm nasi berperisa yang lain. Cubalah ya. Selamat mencuba.

Bahan-bahan diperlukan untuk 4 orang makan:

  • 3 pot beras basmati dicuci dan direndam 30 minit kemudian toskan.
  • 3 1/2 pot air. Ikut cadangan pada peket beras seeloknya.
  • 1/2 cawan susu segar.
  • 1 sudu makan jus lemon.
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar dibancuh sedikit air.
  • 1 pokok daun ketumbar dihiris halus.
  • 1 biji tomato dadu kecil.
  • 1 sudu makan minyak sapi.
  • 1 sudu makan minyak jagung.
  • Beberapa titis pewarna hijau atau kuning.
  • 1 sudu kecil garam dan 1/2 kiub ayam.

Bahan-bahan untuk menumis:

  • 1/2 biji bawang besar didadu.
  • 3 ulas bawang putih didadu.
  • 1 inci halia dihiris.
  • 1 kayu manis.
  • 2 bunga lawang.
  • 3 biji buah pelaga.
Baca juga :  Cara membuat Nasi Goreng Kampung yang Sedap dan Mudah disediakan.

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak sapi dan myk jagung. Kemudian, tumiskan bahan tumisan sehingga wangi. Masukkan serbuk ketumbar yang dibancuh bersama sedikit air dan kacau dan tumis sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan tomato dan daun ketumbar. Kacau sebati.
  3. Masukkn air, jus lemon, susu, pewarna, garam dan kiub ayam kemudian biarkan sehingga mendidih baru masukkan beras. Kacau sebati dan pindahkan ke periuk nasik elektrik. Masak nasi seperti biasa.
  4. Bila nasi masak, gemburkan dengan sudu garfu. Hidangkan bersama lauk kegemaran anda sekeluarga. Boleh juga guna salah satu samada daun ketumbar atau serbuk ketumbar sahaja. Selamat memasak dan mencuba ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.