Cara untuk membuat Nasi Jagung yang sesuai untuk dimakan bersama pelbagai lauk. Enak dan menyelerakan.

Assalammualaikum semua. Kali ni nak share kepada semua resepi dan cara untuk membuat Nasi Jagung.  Sukatan untuk 1kg beras Basmthi.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Faizah Md. Zain. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 kg Beras Basmathi Jasmine Pusa Cream.
  • 1/2 tin susu cair.
  • 1/2 tin jagung yang bukan creamer.
  • 10 biji bawang merah kecil dikisar.
  • 8 biji bawang putih dikisar.
  • 1 inci halia dihiris.
  • Rempah 4 sekawan paket kecil.
  • 5 sudu minyak jagung untuk menumis.
  • 3 sudu marjerin atau mentega. Masukkan ketikan nasi kering untuk melembabkan dan melembutkan nasi.
  • Garam secukupnya.
  • Daun pandan 2 helai.
  • Daun ketumbar sedikit jika ada.
  • Air secukupnya untuk menanak nasi. 1 sukat beras bersama 1 sukat air.
Baca juga :  Resepi lengkap untuk membuat Nasi Briyani Padu bersama Kari Kambing / Ayam Viral Adabi. Pasti puas hati.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan minyak jagung dan tumiskan rempah 4 sekawan, bawang merah, bawang putih dan daun pandan sehingga naik bau dan bertukar kepada warna kekuningan.
  2. Kemudian masukkan air, susu cair, halia dan garam secukupnya. Biarkan ianya mendidih seketika.
  3. Bila dan mendidih masukkan beras yang telah dicuci dan biarkan mendidih kembali. Untuk dapatkan nasi yang panjang dan tak patah kacau semasa air tengah banyak ye. Jangan kerap sangat mengacau.
  4. Masukkan jagung, daun ketumbar dan biarkan nasi masak.
  5. Akhir sekali masukkan marjerin atau mentega.
  6. Siap untuk dihidangkan. Boleh tabur bawang goreng untuk naikkan aroma dan sebagai hiasan.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.