Nasi Goreng Tomyam. Hai assalam sis. Semalam saya dah post resepi nasi goreng udang, harini saya nak share resepi nasi goreng tomyam pulak. Saya ni jenis memang suka nasi goreng.

Antara nasi goreng dan sajat, saya lebih memilih nasi goreng. Sebab sedap. Kalau tak sedap, tentu sekali saya pilih mira filzah. Haha Bagi saya, nasi goreng tomyam ni ok samada warna merah atau gelap2 sikit. Dalam respi ni saya tak guna sebarang kivap. Dia jadi gelap2 sikit sebab kita tumis sekejap paste tomyam tu.

Ingat ya sis, jangan guna nasi panas dan minyak lebih sikit. Nasi goreng tak bolih kering… Tak sedap. Ok saya share resepinya ya. Resepi ini telah dikongsikan oleh Encik Wan Luqman. Terima kasih.

Bahan yang diperlukan dan cara untuk membuatnya:

  1. Tumis bawang putih sehingga garing. Kemudian masukkan 1 sudu besar tomyam pes. Saya guna brand madam pun. Sebab itu je yang ada di rumah.
  2. Kena ingat jangan biarkan tomyam pes tu lama-lama takut terlebih garing / hangit. Lepas kita gaul-gaul tomyam pes, l masukan 1 sudu besar cili kisar untuk bagi warna sedikit kemerahan. Kemudian Pecahkan sebiji telur.
  3. Masukkan GULA dan penambah perasa. Kemudian, masukkan hirisan daun limau, cili padi dan daun ketumbar. Dan kemudian gaul sehingga rata baru dimasukkan 1 sudu besar nampla.
  4. Last sekali, rencah. Harini rencah adalah sotong. Kebetulan jumpa sotong dalam peti entah dari zaman bila. Sotong tu trim dulu saje bagi cantik. Sotong tu dah dicelur dalam air panas, jadi dia dah masak siap-siap. kalau masuk awal-awal khuatir sotong tu putus nanti.
  5. Tadaaa dah siappp…harini takde telur mata sebab dah insof tengok perut sendiri. Berkocak2 lemaknya! Haha