MIANG KHAM (Makanan Thai yang tengah famous sekarang). Ada orang kata susah nak cari. Bila beli, tak puas pula makan. Saya memang suka buat sebab dia sedap dan paling penting sebab daun dia banyak kat tepi rumah. Ni saya share resepi cara saya sendiri.

Bahan-Bahan untuk membuat Sos:

  • Gula Melaka seketul.
  • Belacan (sebesar ibu jari).
  • Gula (2 sudu).
  • Serai.
  • Sedikit air kosong.

Caranya adalah dengan mencampurkan semua bahan diatas dan masak atas dapur sampai menjadi pekat seperti madu. Kacau-kacau je. Api jangan besar pula. Kemudian bubuh TEPUNG JAGUNG atau UBI sedikit untuk menjadikannya pekat likat seperti madu.

Bahan-bahan sampingan hidangan:

  • Daun Kadok (basuh bersih-bersih).
  • Limau Nipis / kasturi (dipotong kecil).
  • Cili (dipotong kecil).
  • Kacang tanah (disangai).
  • Udang kering (rendam dengan air kemudian sangaikan).
  • Kelapa (disangai).
  • Bawang merah (dipotong kecil).
  • Halia.

Kemudian bolehlah dihidangkan bersama sosnya tadi. Serious sedap. Actually limau tu makan sekali dengan kulit-kulit dia. Siapa suka makan Miang Kham kita geng. Cubalah buat confirm nanti nak lagi dan lagi. Selamat mencuba.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nurafiqah Nadia melalui Facebook Menu Apa Hari Ini.