Cara dan resepi untuk membuat kuih Koleh kacang. Kuih ni adalah kegemaran encik suami. Sape lagi suka kuih nie boleh la cuba. Resepi ada kat bawah.

RESEPI KUIH KOLEH KACANG

Bahan A

  • 1 cawan gula merah.
  • 1 cawan air.
  • 2 sudu besar gula halus.
  • 1 helai daun pandan.

Bahan B

  • 1 cawan tepung kacang hijau.
  • 1 sudu kecil garam.
  • 2 cawan santan.
  • 1/2 cawan air.

Cara untuk menyediakannya:

  1. Masak bahan A sekadar gula larut sahaja. Sejukkan dan tapis. Jangan sampai air gula pekat.
  2. Satukan bahan (B), kacau hingga rata dan sebati dan tapiskan ke dalam kuali. Guna bekas kuali yang buat tahi minyak tadi.
  3. Masukkan bahan A ke dalam bancuhan B, kacau di atas api sederhana. Tuangkan 2 sudu besar minyak tahi minyak supaya berkilat.
  4. Adunan hendaklah dikacau, supaya tidak bergentel dan melekat di dalam kuali.
  5. Bila dah masak tuangkan ke dalam loyang yang telah di sapu minyak.. Tabur tahi minyak ketika adunan masih panas supaya tahi minyak melekat di atasnya.

Cara membuat Tahi Minyak:

  • 2 cawan santan pekat (saya guna santan kotak je).
  • Garam sedikit.
  • Masak dengan api perlahan sehingga menjadi tahi minyak dan warna kekuningan. Tapis supaya tahi minyak tidak hitam.
  • Minyaknya jangan buang guna dalam adunan supaya berkilat.

Selamat mencuba.