Cara untuk membuat Kuih Dangai Kukus Gula Melaka. Rasa sekali pasti nak lagi.


Menurut pemilik resepi ini iaitu Puan Julia Aleen Aireish, kuih ni memanga sangat sedap. Rasa pi bulan nihh sedapnya. Apa kata kita cuba sendiri kesedapan Kuih Dangai Kukus Gula Melaka. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 biji kelapa parut putih.
  • 2 cawan tepung pulut.
  • 1/2 sudu kecil garam halus.

Untuk bahan inti:

  • 1/2 ketul gula melaka diracik halus.
  • 1/3 cawan gula merah cap bintang.
  • Acuan lompang secukupnya.

Cara-cara membuatnya:

  1. Satukan kelapa parut dan garam halus gaul sekata.
  2. Masukkan sedikit-sedikit tepung pulut sambil digaul sebati dan buat hingga tepung habis.
  3. Masukkan penuh adunan kelapa ke dalam acuan, tekan dengan ibu jari buatkan seperti berlubang di tengahnya, letak gula melaka dan gula merah lebih kurang satu sudu kecil.
  4. Pastikan air telah mendidih, kukus selama 15 minit. Alihkan dan tunggu suam-suam keluarkan dari acuan. Nikmat tau makan suam-suam.
Baca juga :  Apam Tapai Nasi. Tengok gambar pun comel geram je nak kunyah-kunyah!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.