Kerepek Ngaku. Salam 2021 semua. Semalam pergi The Store nampak buah ngaku ni besar-besar pulak tu. Beli sikit untuk buat kerepek. Sedap sangat. Kerepek ni sangat popular menjelang Tahun Baru Cina. Ni awal-awal lagi ni dapat la buah yang besar-besar. Nanti dah dekat-dekat raya cina tu tinggal la yang kecil-kecil je.

Resepi dan cara ini telah dikongsikan oleh Puan Siti Aisyah Ismail. Terima kasih.

1. Sekilo berharga lebih kurang RM 8.00. Saya ambil sekilo lebih je. Takut sendiri menyesal nanti kalau beli banyak sangat. Bukan menyesal apa, menyesal kena berdiri lama sorang-sorang. Macam tahun lepas hihi.

2. Kalau begini kira besar jugaklah ni buahnya. Cari yang ade pucuk atasnya gitu. Senang nak sagat masa nak goreng nanti.

3. Haaa tinggalkan pucuk dia tu. Nanti senang nak pegang masa nak sagat nanti. Bersihkan dulu akar-akar dia tu guna pisau.

4. Lepas tu bagi licin macamni guna peeler pula. Baru bersih!

5. Okay siap dibersihkan semua. Waktu ni pun dah rasa gigihnyaaa aku ni. Kan bagus kalau gigih gini bab lipat baju.

6. Bancuh air garam. Nanti masukkan masa tengah goreng tu. Masa dah nak garing baru masukkn okay. Saya guna garam pink sebab tu warna pink.

7. Hasil Gorengan kedua dan seterusnya. Sagat terus dalam kuali. Api jangan kuat sangat. Slow je. Nanti dia hangit tapiĀ  tak garing pula kalau api kuat.

8. Hasilnya dapat la 3 bekas kecil gini hahahhaha. Jadi ler. Kalau beli ni cantik je die goreng. Kita sambil goreng sambil layan anak nak itu ini memang gini ler rupa dia. Selamat mencuba.