Cara untuk membuat Ikan Siakap Masak Kengsom yang padu dan terbaik.

Kami nak kongsikan kepada anda menu makan tengahari atau malam yang menyelerakan. Siapa suka masakan ni boleh la dihebahkan kepada yang lain. Supaya kesedapan menu ini dapat dirasai bersama. Terima kasih kepada Puan Anne Hannie kerana berkongsi kembali resepi yang dicipta oleh Azie Kitchen.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 ekor ikan siakap.
  • 1/2 biji nanas.
  • Kangkung secukupnya.
  • 2 batang serai diketuk.
  • 1 biji limau nipis.
  • Garam dan Gula secukupnya.

Bahan-bahan yang perlu dikisar:

  • 2 tangkai cili merah.
  • 8 tangkai cili padi.
  • 1 biji bawang besar dan sederhana besar.
  • 6 ulas bawang putih.
  • Sedikit belacan.
  • 1 inci kunyit hidup.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masukkan bahan kisar dan air secukupnya ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
  2. Masukkan nenas dan serai. Masak hingga mendidih seketika, sebelum dimasukkan ikan.
  3. Setelah ikan masak, masukkan garam dan gula.
  4. Tutup api dan masukkan kangkung kerana mahu kangkung yang masih rangup.
  5. Masukkan perahan jus limau. Kacau rata. Sedia untuk dihidangkan.
Baca juga :  Anda suka Ikan Bakar? Ini caranya untuk membuat Bahan Perapan Ikan Bakar Pari paling sedap.

Nota: Masakan Thailand, mesti ada masam, manis dan pedas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.