Cara untuk membuat Ayam Masak Kam Heong. Kesedapan sehingga menjilat jari


Resepi kali ni kami nak kongsikan variasi masakan yang melibatkan ayam. Mesti pernah dengan seafood yang dimasak kam heong ni kan? Kali ni kami nak share resepi oleh Danni Shoppe’s untuk membuat Ayam Kam Heong.

Hi kawan-kawan. Harini saya cuba masakan ayam kam heong. Kalau buat carian, kam heong ni popular guna udang atau lala. Next time kita buat guna udang pulak ye.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah (Bahan A):

  • 1/2 ekor ayam, peha dan isi dada, cuci bersih-bersih kemudian toskan airnya.
  • Bahagian peha yang dibuang tulang,  kemudian hiris isi ayam menjadi ketulan kecil.

Saya perapkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Panaskan kuali dengan minyak secukupnya kemudian goreng ayam hingga separuh masak dan ketepikan.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah (Bahan B):

  • 6 ulas bawang merah kecil atau mencukupi hanya sebiji bawang merah besar. Hiriskan menjadi halus.
  • 5 ulas bawang putih yang diketuk dan dicincang kasar.
  • 1 sudu besar serbuk kari.
  • Cili padi secukupnya.
  • Sedikit udang kering.
  • Sedikit halia yang telah dikisar lumat.
  • Daun kari, Sos tiram, Kicap manis secukupnya
  • Sedikit gula dan sedikit garam.
Baca juga :  Ayam Masak Kam Heong ni sangat sedap! Anda kene cuba okay.

Cara-cara untuk menyediakan masakan Ayam Kam Heong:

  1. Panaskan kuali menggunakan lebihan minyak yang digunakan untuk menggoreng ayam tadi sebanyak 3 hingga 4 sudu.
  2. Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili padi, daun kari, halia dan udang kering sehingga naik bau dan bertukar warna kepada sedikit keperangan.
  3. Masukkan serbuk kari bersama sedikit sahaja air. Kacau hingga sebati. Kemudian masukkan sos tiram dan kicap manis. Nak tambah kicap pekat pun boleh. Saya tambah sedikit sos cili dalam 1 sudu besar. Kacau semula hingga sebati. Kalau kering sangat boleh tambah lagi air sebanyak 2 hingga 3 sudu.
  4. Kemudian, masukkan ayam kita tadi dan kacau rata. Rasa dahulu untuk bagi semua perasa tadi seimbang. Kalau perlu tambah garam dan sedikit gula. Kacau sekata sehingga ayam cukup masak.
  5. Siap untuk dihindangkan.
Baca juga :  Resepi dan cara untuk membuat Talam Ubi Kanda. Lembut dan lazat untuk anda cuba.

Selamat mencuba ya. Kongsikan kepada yang lain supaya bermanfaat. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.