Cara untuk membuat Ayam Goreng Seringgit yang garing diluar dan berjus didalam. Sedap!

Kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat Ayam Goreng seringgit yang sedap dan viral ketika ini. Menurut pemilik resepi ini iaitu Are Peace:

Saya beli chicken wing sekilo RM 10.90 dapat 24 ketul chicken wing dan drumette setelah di potong dua. Bawa balik kita proses sendri. Puas makan anak-beranak. Selamat mencuba semua.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 kg kepak ayam.
  • 2 sudu serbuk cili.
  • 8 ulas bawang putih ditumbuk.
  • 1 sudu lada hitam.
  • 1 sudu lada sulah.
  • 1 sudu secukup rasa.
  • 2 sudu kecil garam.
  • 1 sudu kecil soda bikarbonate.
  • 2 sudu sebuk kari daging.
  • 1 sudu cuka.

Cara-cara untuk membuatnya:

Gaul rata kesemua bahan diatas dan masukkan ayam sekali kemudian perapkan selama lebih kurang 30 minit. Sebelum goreng pecahkan 2 biji telur ayam dan gaul lagi sekali sehingga sebati. Ketepikan dan boleh mula untuk sediakan tepung menggoreng pula.

Baca juga :  Menu padu dan ringkas untuk anda sekeluarga. Ayam Goreng Berlado! Pergghh.

Bahan-bahan untuk membuat tepung goreng:

  • 2 cawan tepung gandum.
  • 2 cawan tepung jagung.
  • 1 sudu kecil garam.
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat.
  • Sedikit serbuk secukup rasa Maggi. Kkalau suka pedas boleh tambah 1 sudu besar serbuk cili.

Cara untuk menggaul ayam dengan tepung sebelum goreng:

  1. Masukan tepung gandum dan tepung jagung ke dalam bekas besar yang ada penutup.
  2. Kemudian masukan ayam. Jangan tuang sekali dengan air perapan tadi pulak ya.
  3. Tutup penutup bekas tepung dan goncangkan bekas tu supaya ayam dan tepung bersalut sempurna supaya rangup bila digoreng nanti.
  4. Pastikan minyak betul-betul panas dengan api sederhana dan goreng sehingga kekuningan menggunakan minyak yang banyak (ayam tu tenggelam semasa digoreng). Senang, jimat dan insyallah sedap.

Selamat mencuba.

Baca juga :  Cara untuk membuat menu pelengkap Selera iaitu Terung Bakar Asam Lemak. Syahdu Beb!

Related posts:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.