Cara untuk membuat Asam Pedas Ikan Pari

Sejak balik seminar Metamophorsis kerajinan memasak dah mula muncul. Pagi tadi sempat masak menu untuk makan malam nanti. Balik keje terus panaskan jer pastu ngap makan. Jom tengok bahan bahannya.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Sally Bassie. Terima kasih.

BAHAN UTAMA:-

  • 5 ketul ikan pari siap dibasuh dan dicuci.
  • 1 biji nenas potong kecik.
  • 1 bijiTomato potong empat.
  • 5 helai Daun Limau Purut.
  • Bahan untuk menumis.
  • 1 sudu besar minyak masak.
  • 2 ulas bawang Merah besar.
  • 15 Tangkai cili kering.
  • 1 sudu kecik halba.
  • Sedikit asam jawa.
  • Sedikit garam.

Cara caranya sangat mudah:

  1. Panaskan minyak. Masukan halba kemudian tumiskan bawang dan cili kering yang telah di blender hingga masak dan naik minyak. Nak rasa lagi sedap biarkan lima kali naik minyak lepas tu masukan sedikit garam.
  2. Bila cili dah naik minyak dan masak masukan ikan pari bersama daun limau purut dan kacwu biarkan beberapa minit. Masukan nenas hingga masak. Last sekali masukan tomato biarkan beberapa minit terus tutup api. Dah siap!
  3. Boleh dihidangkn dan makn dengan bahgi dan gembira.
Baca juga :  Cara untuk membuat Sambal Ikan Bilis Kacang Buncis. Resepi yang sangat mudah disediakan.

Selamat mencuba semua. Sila share dengan gembira.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.