Sebab ramai yang PM nak resepi untuk agar-agar milo ni, hakak share sini ya. Mudah amat dan sangat sedap dimakan musim panas ni. Sejuk tekak menelannya. Hehe selamat mencuba.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Jaja Iza Fouder melalui Air Tangan Isteri. Terima kasih.

Bahan yang diperlukan adalah:

  • Susu cair 1 tin. Nak tukar ke santan lagi sedap.
  • Agar-agar tali 10g.
  • Gula 1 cawan atau ikut kemanisan yang diperlukan.
  • Air 2 cawan.
  • Garam secubit.
  • Milo 1 cawan.

Cara untuk membuatnya:

  1. Masak agar-agar dengan air 2 cawan. Masukkan gula dan garam.
  2. Bila dah larut masukkan susu cair. Biarkan sehingga mendidih barulah dimasukkan pula milo.
  3. Kacau sampai bancuhan tadi menjadi licin.
  4. Tapis dan letakkan dalam bekas.
  5. Sejukkan didalam peti sejuk lebih kurang selama 2 hingga 3 jam.
  6. Siap untuk dimakan.

Resepi ini bolehlah share dengan kawan-kawan ya. Terima kasih.